Home > Tuan Rumah > iCal untuk mengurus tempahan rumah anda

iCal untuk mengurus tempahan rumah anda

Apakah itu iCal ?
iCalendar merupakan aplikasi kalendar Apple. Ia membolehkan anda mengexpot format iCalendar (iCal)standard untuk selaraskan pertukaran data antara kalendar. Feed membolehkan anda menyelaraskan tarikh dan masa untuk kalendar lain (seperti kalendar Google) melalui standard iCal tersebut. 

BnB.my membolehkan tuan rumah mengexpot kalendar feed iCal atau melanggan tarikh tempahan di mana-mana aplikasi kalendar yang menyokong format iCal. Dengan melanggan format iCal anda boleh menyelaras kalendar anda dan menyusun tarikh tempahan dengan staff atau pengurus rumah / homestay anda.

Cara-cara melanggan URL iCal. Menu Akaun > Urus Bilik


Di senarai rumah / homestay anda pilih Urus > Kalendar


Di ruangan atas kalendar ada satu URL yang boleh anda gunakan untuk mengexpot atau melanggan dengan aplikasi kalendar anda seperti Google Kalendar, Apple Kalendar, MS Outlook, MS Exchange.


Link tersebut sebagai contoh boleh dilanggan di Google Kalendar. Klik kanan > Copy Link Address di pelayar .


Di Google Kalendar. Other Calendar > Add by URL


Hasil nya, di kalendar anda akan ada data-data tempahan untuk rumah / homestay anda. URL ini boleh dikongsi dengan orang lain jika anda ingin kongsi atau reset, jika anda tidak lagi ingin berkongsi dengan orang lain. Data kalendar ini, bukan sahaja megexpot tarikh tempahan dalam BnB.my, ia juga mengexpot data tempahan yang anda masukkan secara manual / penyelarasan kalendar dari tempat lain e.g iBilik.


Dengan ciri ini, bukan sahaja anda boleh menjadikan BnB.my sebagai tempat tempahan, tetapi tempat pengurusan anda dari awal, hingga akhir tempahan. Mudah bukan ;)