Kongsi bilik ini? :
SRI VANILLA HOMESTAY menjanjikan keselesaan anda dan amat sesuai untuk penginapan keluarga yang besar.
SRI VANILLA HOMESTAY yang baru siap dibina menawarkan kemudahan penginapan moden bercirikan penginapan hotel. Keunikkan SRI VANILLA HOMESTAY adalah dikelilingi dengan dusun buah-buahan seperti durian, manggis, mangga, rambutan dan lain-lain lagi. Daya penarik homestay ini adalah pokok vanilla yang ditanam bersebelahan dengan homestay ini yang jarang ditanam oleh pekebun-pekebun kecil. Daunnya seperti daun pokok orkid akan dikeringkan dan akan dijadikan sebagai esen atau perisa vanilla. Oleh sebab keunikkan pokok vanilla ini, homestay ini telah dinamakan sebagai SRI VANILLA HOMESTAY.
Kedudukan homestay yang strategik iaitu terletak di Jalan Parit Pendekar kira-kira :-
a) 4km dari Pekan Merlimau
b) 14km dari tol Jasin
c) 30km dari Bandar Melaka
d) 5km ke Makam Tun Teja
e) 7km ke Serkam (Ikan bakar)
f) 13km ke Umbai (Ikan Bakar)
g) 23km ke Muar
Tempat-tempat menarik dan boleh dilawati :
a) MAKAM TUN TEJA : Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Syah (1458-1511).
b) RUMAH PENGHULU ABD GHANI :- Di bina dalam tahun 1894, satu-satu rumah asal orang Melaka.
c) MEDAN IKAN BAKAR SERKAM, UMBAI & SUNGAI DUYONG
d) PERIGI HANG TUAH
Kadar / Rate per night
A. Family Room :- RM200.00/malam
1. 2 katil king
2. 2 katil single
3. 2 unit penghawa dingin
4. Peti ais
5. Kettle
6. Pembakar roti
7. Seterika
8. TV
9.1 bilik air yang dilengkapi dengan air panas
B. Deluxe Room :- RM100.00/malam
1. 1 katil bersaiz queen
2. 1 unit penghawa dingin
3. Kettle
4. Seterika (on request)
5. TV
6. 1 bilik air