Lokasi yang sangat stategik. Homestay ini terletak di tengah bandar Kangar, berdekatan dengan Hospital Tuanku Fauziah. Hanya 5 minit ke Pusat Bandar Kangar yang di lengkapi dengan kemudahan seperti bank, pusat membeli-belah, pasaraya dan lain-lain.
Nadia Homestay mempunyai 3 bilik yang di lengkapi dengan perabot seperti katil dan almari, penghawa dingin, ruang tamu dan dapur yang sangat luas serta peralatan asas untuk kegunaan para tetamu.
Antara barangan dan peralatan yang terdapat adalah seperti:
-Perabot rumah yang lengkap
-televisyen
-meja makan
-peti sejuk
-mesin basuh
-Water Heater
-Air Cond
-Peralatan asas yang lain.
Selain itu, di Nadia Homestay juga menyediakan ruang pakir yang luas serta laman taman untuk para tetamu.
Syarat & terma:
-Hubungi untuk tempahan
-Deposit tempahan 50% (Deposit tidak di pulangkan sekiranya tempahan dibatalkan di saat akhir).
-Wang pendahuluan (sekuriti) RM100 akan dikenakan semasa daftar masuk dan akan dipulangkan semasa daftar keluar.