Melaka > Ayer Keroh > No. 8, Jalan MH 31 Muzaffar Heights Ayer Keroh, Melaka
Kongsi bilik ini? :
Dengan kadar sewaan RM150/malam, Izzihomestay termasuk dalam kategori penginapan yang murah untuk anda sekeluarga. Anda hanya membayar RM150 untuk sebuah rumah semi D setingkat yang luas dan mampu untuk menampung 2 keluarga dengan selesa.
Lokasi rumah di atas bukit menyediakan pengudaraan semulajadi dengan udara yang segar dan nyaman sepanjang masa.
-ruang tamu yang selesa dengan sofa dan set jati
-TV dan DVD player di ruang tamu
-seterika dan board turut disediakan
-3 bilik disediakan untuk tetamu degan setiap satu dilengkapi dengan katil bersaiz queen, almari baju, meja solek, penyangkut tuala dan sejadah. Bilik utama mempunyai bilik air sendiri. Bilik air kedua terletak bersebelahan ruang dapur. Bilik ke 4 adalah untuk kegunaan tuan rumah dan dikunci setiap masa.
Untuk tetamu yang ingin memasak sendiri semasa berada di Melaka, kami menyediakan dapur elektrik satu tungku berserta peralatan memasak. microwave juga ada untuk tetamu memanaskan makanan agar makanan yang terhidang sentiasa panas :)
Kemudahan yang disediakan:
-Rumah yang besar dan luas
-Ruang letak kereta yang luas
Kemudahan perabot asas:
-Bilik tidur utama: 1 katil queen, meja solek, kipas siling, penyidai baju, sejadah, almari baju, penyangkut baju, bantal dan selimut.
-Bilik tidur 2: 1 katil queen, kipas siling, almari baju, penyangkut baju, penyidai baju, meja solek, bantal dan selimut.
-Bilik tidur 3: 1 katil queen, kipas siling, almari baju, penyangkut baju, penyidai baju, meja solek, bantal dan selimut.
-Ruang tamu dengan set sofa 3+2 dan perabot, TV dan DVD Player.
-Ruang makan dengan meja untuk 6 orang.
-2 bilik air.
-Dapur dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, cerek air elektrik dan set pinggan.
-1 set Toto dengan 2 biji bantal.
-Seterika dan papan penggosok baju.
Lokasi menarik berdekatan Izzi.Homestay:
-Zoo Melaka
-Taman Mini Malaysia
-Taman Rama-Rama
-Melaka Wonderland
-Taman Buaya
-MITC
-Pusat Bowling Antarabangsa Melaka
-Planetarium
-Masjid Al Alami
-Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
-Kota Fesyen
-Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam
-Jusco Ayer Keroh
-Melaka Mall
-Mydin Mall
Restoran popular yang berdekatan:
-Tomyam Klasik
-Restoran Subaidah
-Nandos di Jusco Ayer Keroh
-Secret Recipe di Jusco Ayer Keroh
Fast Food:
-Mc Donald 24 jam berhampiran Taman Buaya Melaka.
-McD Jaya Jusco Ayer Keroh.
-KFC Jaya Jusco Ayer Keroh.
-KFC dan Pizza Hut di Leboh Ayer Keroh, 2 minit perjalanan dari Izzi.Homestay
Perkhidmatan berdekatan:
-Stesyen minyak BHP, Petronas : Maybank ATM (1km)
-Bank : CIMB Bank, Public Bank, BSN, AmBank (1km)
-7 Eleven
-Hospital Pantai
-Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka
Institut Pengajian Tinggi berdekatan:
-Kolej Komuniti Bukit Beruang (1km)
-Universiti Multimedia (2km)
-UTEM (10km)
GPS Coordinate : 2°15'0.46"N 102°16'59.63"E
(2.250127 , 102.28323)