Melaka > Bukit Katil > No 13, Jalan SD 3/6, Taman Seri Duyong 3, Duyong, 75460 Melaka
Kongsi bilik ini? :
Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Seri Duyong Melaka Homestay terletak di persekitaran kampung halaman pahlawan terbilang Melayu, Hang Tuah dan rakan-rakannya. Seri Duyong Melaka Homestay menyediakan tempat penginapan yang amat selesa sesuai untuk seisi keluarga beristirehat sambil menyelami sejarah silam kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Di samping itu, Seri Duyong Melaka Homestay memberi peluang seisi keluarga merasai suasana santai dan menikmati pelbagai hidangan lazat yang tersedia di beberapa lokasi medan ikan bakar dan restoran-restoran yang terletak berhampiran.
Seri Duyong Melaka Homestay adalah untuk semua yang beragama Islam sahaja.